Search This Blog

Sunday 18 June 2017

Nak pikat hati bakal suami? Ikut tips ini.

22 Tips Untuk Memikat Hati Lelaki @ Bakal Suami

Tips #1

Memang Fitrah Lelaki Suka Tengok Benda-benda Yang Cantik.

Dan salah satunya adalah perempuan.

Perempuan ni pula ada banyak cara untuk mengekspresikan kecantikan mereka.

Antaranya adalah make up.

Sayangnya, sesetengah perempuan suka sangat menconteng wajah mereka jadi macam pelakon opera Cina sehingga membuatkan kecantikan semulajadi mereka hilang.

Ini yang buatkan lelaki kadang-kadang menyampah dan meluat.

Sebab kecantikan seseorang perempuan itu telah di cemari dengan make up tebal yang sepatutnya menyerlahkan lagi kecantikan asli mereka.

Kan dah kurang satu pemandangan cantik di mata lelaki.

Less is more meh.

Tutorial no makeup makeup berlambak kat Youtube.

Boleh pergi tengok.

Pernah dengar tak peribahasa, ‘’make up is supposed to enhance the beauty, not to change the beauty’’?



Tips #2

Lelaki Paling Tak Suka Perempuan Yang Suka Cakap Putar Belit.

Umpama lebih suka ikut jalan kampung yang bersimpang siur dengan berlecak-lecak semua padahal ada highway.

Kalau korang nak apa-apa, cakap je straight to the point.

Lelaki tu pun takkan pening kepala nak kena fikir apalah yang korang nak sebenarnya.

Bila diorang pening, diorang akan menyampah.

Kalau dah menyampah tu, peratusan untuk lelaki tu sukakan korang adalah rendah.



Tips #3

Lelaki Sangat Suka Buat Lawak Hambar.

Serius aku cakap.

Lepas tu suka gelak dengan lawak sendiri.

Dan aku pun macam whaaat?

Aku rasa sebab tulah lelaki tak suka kat aku kot sebab aku bagi respons yang hambar kepada lawak hambar mereka huhu.

Jadi tipsnya di sini, tak kisahlah walau level kehambaran lawak lelaki tu sampai ke langit ketujuh sekali pun, gelak je.

Buat-buat terhibur.

Kalau rasa payah sangat nak gelak, cukuplah sekadar tersenyum.

Dengan cara ini, lelaki akan rasa dihargai.



Tips #4

Korang Pernah Dengar Tak Perkataan Gedik?

Ini adalah perkataan yang menjadi mimpi ngeri bagi setiap perempuan.

Tambah-tambah pulak kalau tukang panggil tu adalah lelaki.

Definisi gedik bagi aku adalah perempuan tu selalu nak rapatkan diri dekat lelaki dengan liuk lentuk tubuh yang menggoda sambil bercakap menggunakan suara macam ada tulang ikan tersangkut dekat leher.

Please, jangan salah ertikan perbuatan gedik ini dengan manja.

Aku rasa, hampir semua lelaki benci perangai perempuan macam ni.

Mungkin dekat depan korang, lelaki-lelaki ini tak komen apa-apa.

Tapi percayalah cakap aku, kat belakang korang mesti dia kutuk kaw-kaw punya depan kawan-kawan dia.

Kalau kat sekolah asrama, satu Aspura boleh tahu perangai gedik korang tu dan akan ikut sama condemn korang tanpa korang sedar.

Persahabatan lelaki sangat menakutkan huhu.

Jadi, elakkan sifat gedik, okey.



Tips #5

Selain Gedik, Lelaki Juga Tak Suka Perempuan Perasan.

Terutamanya perempuan yang perasan cantik, suka puji-puji muka sendiri walaupun korang pada azalinya memang jelita.

Dari cantik terus jadi huduh bebenor di mata lelaki.

Kalau korang sendiri pun mesti tak suka kan bila orang asyik membangga-banggakan diri depan korang?

Takkan.

Jadi, buat relaks sudahlah walaupun kecantikan korang dah setara dengan Miss World.

Bila korang bersikap sedemikian, dari tak cantik pun terus jadi cantik pada pandangan orang yang memerhati.



Tips #6

Lelaki Tak Suka Dengan Perempuan Yang Suka Mengumpat.

Contohnya si A tak suka dengan si B, lepas tu pergi mengadu pada si lelaki.

Si lelaki mendengar dengan penuh setia, padahal dalam hati ‘’Ishh kuat mengumpat gak perempuan ni. Pasal kawan dia lak tu. Silap-silap dia mengumpat pasal aku jugak kat orang lain. Memang taklah nak buat bini.’’

Jadi apa yang tak patut diceritakan tu, simpanlah dalam kain sendiri sampai bila-bila.

Lelaki lebih suka perempuan tak mengadu tentang semua hal yang berlaku dalam hidupnya.

Aku kadang-kadang malu kalau tergaduh dengan kawan perempuan aku depan lelaki, walaupun sekadar gaduh-gaduh manja gitu.

Mesti diorang ingat aku ni perempuan ganas sek-sek WWE tu huhu.



Tips #7

Aku Rasa, Lelaki Paling Pantang Sekali Dengan Perempuan Yang Suka Menipu.

Terutamanya dengan perempuan yang menipu tentang status dia.

Janda, tapi mengaku anak dara contohnya.

Kalau korang betul-betul sukakan lelaki itu, hubungan korang itu harus berlandaskan kejujuran.

Ini baru kenal lagi dah menipu, macam mana hubungan macam tu nak bertahan lama?

Nasihat aku, berterus-terang aje.

Kalau dia tak boleh terima, his loss.

Bukan korang.

Bagi aku status tak penting, yang penting hati budi pasangan kita.

Kalau anak dara sekali pun tapi perangai tak serupa anak dara baik tak payah.

Baik lagilah mak janda yang siap lengkap dengan pakej pandai memasak, mengemas rumah, melayan suami dan kadang-kadang siap bagi anak segera lagi.



Tips #8

Sebagaimana Lelaki Suka Play Hard To Get, Sebegitu Jugalah Perempuan.

Suka sangat acah-acah jual mahal padahal mahu tapi malu.

Tapi ingat, lelaki juga mahkluk ALLAH yang sangat cepat bosan.

Tak payah berangan sangatlah semua lelaki dalam dunia ni macam hero-hero dalam slot Akasia tu.

Sanggup menunggu sehingga ke Jannah walaupun kau tak menerima cintaku whatever blurhh.

Lelaki memang akan memikat bersungguh-sungguh kalau dia dah suka.

Tapi kalau sampai ke satu tahap dia rasa perempuan ni keras sangat macam batu kerikil tak boleh dilenturkan lagi dah, dia akan buka pintu hatinya untuk perempuan lain.

Apa hal pun kan nisbah lelaki : perempuan adalah 1 :39 kot.

Jadi, nak jual mahal pun agak-agaklah okey.



Tips #9

Semua Lelaki Tak Suka Perempuan Yang Fake.

Depan lain, belakang lain.

Kalau korang tu memang jenis yang kasar, tak payahlah tiba-tiba nak acah-acah lembut depan lelaki yang korang suka.

Kesopanan tu memang harus dijaga juga bila berada bersama orang yang berlainan jantina, tapi tak perlulah nak mengubah personaliti korang sepenuhnya.

Jadilah diri korang yang sebenar je, okey.

Kalau dia boleh terima diri korang yang sebenar seadanya, he’s the right one for you.



Tips #10

Pakaian Biar Sopan.

Walaupun lelaki selalu acah-acah seronok dan macam monyet kena belacan bila tengok perempuan seksi, tapi diorang lagi suka bila tengok perempuan yang berpakaian sopan.

Terutamanya baju kurung.

Memanglah bila cari teman wanita diorang nak perempuan ala-ala hipster, pakai ikut peredaran zaman, tapi bila sampai seru nak kahwin, perempuan yang sopan ini jugalah yang dicari.

Manis dipandang gitu.



Tips #11

Korang Pernah Dengar Tak, Cara Nak Memikat Hati Suami Adalah Dengan Jaga Perut Dia.

Terutamanya bila kita pandai masak masakan kegemaran si dia, mesti dia akan gembira dan menghargai usaha korang.

Perut kenyang, hati pun senang, korang pun senang gitu.

Jadi belajarlah masak daripada sekarang.

Mula dengan masakan basic pun jadilah.

Lelaki pun bukannya banyak songeh sangat.

Apa yang ada di depan mata, di bantainya aje masuk ke mulut hehe.



Tips #12

Kebanyakan Lelaki Kalau Di ikutkan Bukannya Alim Mana Pun.

Tapi tulah, bila nak memilih calon isteri pandai pulak nak yang beragama, sembahyang cukup lima waktu, menutup aurat.

Sejahat mana pun seseorang lelaki itu, dia pasti mahu berkahwin dengan seorang perempuan yang mampu jadi ibu yang baik kepada anak-anak dia.

Jadi korang jangan nampak bila lelaki yang korang suka tu jahat, korang pun terikut-ikut dengan perangai dia.

Konon boleh satu kepala dan dia akan suka dengan korang.

Hell no.

Jaga batas-batas agama sebagai seorang perempuan.

Bila korang tahu batas korang, dia akan menghormati korang sebagai seorang perempuan yang selayaknya.

Lelaki suka perempuan yang boleh membawa dia ke jalan kebaikan.



Tips #13

Lelaki Tak Suka Perempuan Yang Kurang Ajar, Terutama Dengan Orang Tua.

Contohnya dia pergi rumah korang.

Tengok korang lenggang kaki je sementara mak korang bersusah payah siapkan air kat dapur.

Benda macam tu pun dah boleh membuatkan dia pandang rendah pada korang.

Padahal kalau dia yang buat, tak apa pulak huhu.

Jadi kepada perempuan, hormatlah orang di sekeliling anda tak kiralah sesiapa pun.

Yang paling penting, hati korang kena ikhlas.

Lelaki ni nampak je senyap, tapi mata hatinya sedang menilai siapa diri korang.



Tips #14

Lelaki Tak Suka Perempuan Yang Suka Mendesak.

Korang boleh tunjukkan perasaan cinta korang pada si lelaki, tapi jangan memaksanya untuk menerima cinta korang kalau itu bukan kemahuan hatinya.

Berikan dia masa, hormatkan perasaan dia, dan terima segala keputusan dia dengan hati terbuka.

Dengan menunjukkan kematangan korang, lelaki itu akan lebih hormatkan korang.



Tips #15

Lelaki Ini Terkenal Kerana Mempunyai Ego Yang Tinggi.

Jadi kepada perempuan, kalau ada hal yang mahu dikritik, tegur dengan cara berhemah.

Jangan biarkan maruahnya jatuh di hadapan orang lain.

Lelaki itu akan menghormati korang kerana menjaga egonya yang lebih penting dari segala-galanya.

=> 13 Sindrom “PMS” Lelaki Apabila Tengah Merajuk..



Tips #16

Perempuan Memang Sinonim Dengan Sifatnya Yang Pemalu.

Nak cakap hai dekat lelaki yang disukai pun dah rasa macam nak terkeluar lidah, apatah lagi nak tanya dia tentang perasaannya pada korang.

Itulah salah satu fungsi ada kawan yang boleh bertindak sebagai posmen cinta.

Mintalah tolong kawan korang untuk risik-risik dekat si dia tentang perasaannya pada korang.

Tak adalah korang terus terpinga-pinga tanpa kepastian.



Tips #17

Kalau Perempuan Itu Sifatnya Pemalu, Lelaki Pula Sangat Terkenal Dengan Sifatnya Yang Blur.

Blur yang aku maksudkan macam walaupun perempuan tu dah terang-terang menunjukkan tanda-tanda bahawasanya perempuan tu sukakan dia, tapi dia masih tak mensyaki apa-apa.

Nak tunggu dia sedar sendiri entah sampai kucing bertanduk mungkin.

Jadi kepada perempuan, tak payah nak guna cara berkias-kias sangat untuk tunjukkan perasaan korang tu.

Peribahasa kura-kura dalam perahu, buat-buat tak tahu is not applicable here sebab sesungguhnya insan bernama lelaki itu memang tak tahu.

Cara yang terbaik, gunakan pendekatan secara terus untuk beritahu perasaan korang pada si dia.

Dari hati korang nak gundah gulana fikirkan ‘’bilalah si polan ni nak sedar aku sukaaaa kat diaa ahhh he’s so stupid but I still love him though oh whyyyy.’’ That kind of feeling huhu.



Tips #18

Pernah Dengar Peribahasa Perigi Mencari Timba?

Pada pendapat akulah to be honest, peribahasa tu dah tak relevan pada zaman sekarang.

Lagipun, kesian dekat perempuan.

Kalau dia suka, kena pendam-pendam segala.

Tapi kalau lelaki yang jatuh cinta, senang-senang je boleh cakap I love you.

Sedangkan Siti Khadijah pun melamar Nabi Muhammad s.a.w dulu.

Jadi kesimpulannya, kalau dah suka tu berterus-terang aje.

Lelaki suka perempuan yang bercakap benar dengan dia.

Kalau lelaki itu lelaki yang baik, dia takkan kutuk korang ke apa.

Dia akan tabik spring dengan keberanian korang.

Siap berterima kasih lagi.

*Part ni aku tak faham sebenarnya. Motif cakap terima kasih segala huhu *True story



Tips #19

Kalau Si Lelaki Menolak Cinta Korang, Tak Salah Korang Nak Berduka.

Menangislah puas-puas bawah shower tu huhu.

Tapi jangan biarkan kesedihan korang tu membawa kepada depression yang melampau.

Kebanyakan lelaki tak suka perempuan yang terlalu lemah, apatah lagi apabila digoyahkan oleh hal-hal seperti cinta.

Dan hal itu akan membuatkan korang lagi sedih sebab dia dah tak sukakan satu ciri pada diri korang.

Kalau dia memang tak ada perasaan kat korang, just move on.

Kumbang bukan seekor.

Tunjukkan kepada lelaki yang dah tolak korang tu, korang adalah seorang yang kuat.



Tips #20

Satu Perangai Lelaki Yang Aku Tak Suka.

Lelaki ni bila dia nampak korang dah tak tergila-gilakan dia, masa tu barulah dia terhegeh-hegeh nakkan korang balik.

Kalau korang masih sukakan dia masa tu, jual mahal sikit-sikit, lepas tu baru terima.

Biar dia pulak yang terseksa.

Siapa suruh kau reject aku dulu nah sekarang rasakan bahahaha.



Tips #21

Kepada Perempuan, Jangan Ambil Tindakan Yang Bukan-bukan Kalau Cinta Korang Tak Berbalas.

Contohnya seperti bunuh diri.

Lelaki tu takkan kembali pada korang walau korang cuba mengambil nyawa sendiri sekalipun.

Bahkan, rasa hormatnya pada korang akan hilang.

[ 13 Tips Untuk Jadi Seksi Tanpa Terdedah Sana Sini ]



Tips #22

Akhirnya, Langkah Yang Paling Berkesan Dan Penting.

Berdoa kepada ALLAH s.w.t agar dipermudahkan segalanya.

*Share dan tag kwn2

No comments:

Post a Comment