Search This Blog

Saturday 6 May 2017

Rahsia Kunci Hati Pasangan




Dalam sesebuah perhubungan, Kasih sayang dan cinta yang berpanjangan mampu mengekalkan sebuah rumah tangga hingga akhir hayat.

Tip yang diberikan ini adalah berguna dan dapat membantu anda dan pasangan untuk terus hidup berkasih sayang dalam perkahwinan dan mengeratkan lagi simpulan cinta antara kedua-dua pihak hingga akhir hayat.

Peranan isteri sangat penting dalam rumah tangga untuk menjadi tali pengerat kasih sayang dengan pasangan. Ada yang berkata, dalam rumah tangga isteri mesti lebih banyak sabarnya dan isteri juga mesti lebih kasih pada suami serta sentiasa menjadi orang kanan suami.


1. Niat berumah tangga kerana Allah.

2. Menghormati pasangan.

3. Sentiasa memaafkan pasangan.

4. Selalu peluk pasangan bila nak ke tempat kerja.

5. Solat berjemaah dengan pasangan.

6. Masa pasangan tidur, baca Al-Fatihah atau ayat-ayat lazim dan tiup di ubun-ubun pasangan. Doa supaya kasih sentiasa erat sampai akhir hayat.


7. Jangan mengungkit kisah lama dan suka membebel.

8. Selalu membantu pasangan ketika mereka dilanda masalah. Ringankan masalah bukan menambah masalah pasangan.

9. Memahami pasangan dan jangan ambil kesempatan jika pasangan baik dan berharta.
10. Selalu bertolak ansur, perkara remeh jangan dipanjangkan.

11. Selalu ucap kata-kata manis dan puji pujian pada pasangan.

12. Beri hadiah di hari istimewa pada pasangan. Biar kecil tetapi ingatan itu penting.

13. Sentiasa tepati janji dan jangan menyusahkan pasangan berbohong dan tidak jujur.

14. Jadi pendengar yang baik pada pasangan.

15. Sentiasa bersangka baik dan berfikiran positif. Jangan cemburu buta.

16. Luangkan masa berkualiti dengan pasangan.

17. Memahami bahasa tubuh atau 'facial expression' pasangan.

18. Bergurau dengan pasangan dan selalu membuat dia ketawa.

19. Prihatin terhadap kehendak pasangan.

20. Selesaikan masalah dengan berhemah dan bukan memaki dan menjatuhkan maruah pasangan.

21. Selalu membaca doa mengeratkan kasih sayang suami isteri agar hubungan sentiasa segar dan dijauhi dari hasutan syaitan.

No comments:

Post a Comment