Search This Blog

Saturday 6 May 2017

Ingin Menjadi Bridesmaid Paling Cantik? Jom Ikut Tip Ini



Gambar sekadar hiasan
Apabila berlangsungnya majlis perkahwinan dalam kalangan rakan atau sahabat handai, pastinya kelibat bridesmaid turut kelihatan di majlis perkahwinan tersebut. Selain bertindak sebagai dulang girl, pengapit dan dayang bagi ratu sehari, kehadiran bridesmaid juga mewujudkan suasana yang lebih ceria.

Namun begitu, pemakaian mereka juga harus dititkberatkan agar tampak anggun dan tidak melebihi bridesmaid.
pengantin itu sendiri.


Entri kali ini berkongsikan mengenai tip untuk memilih pakaian sempurna buat bakal biedsmaid.

KOMUNIKASI

Samada warna baju terang atau pastel, perkara ini perlulah mendapat kata persetujuan dari pihak pengantin dan ‘bridesmaid’. Meskipun ianya melibatkan majlis pengantin, namun tidak salah mendengar nasihat dan cadangan teman-teman rapat anda. Siapa tahu, cadangan mereka lagi bernas?

WARNA

Siapa kata ‘bridessmaid’ hanya perlu memakai warna-warna lembut sahaja? Selain warna pastel, anda juga boleh mencuba warna yang lebih terang untuk tampil lebih berseri. Namun harus diingatkan, pemilihan warna bridesmaid haruslah tidak senada dengan warna baju pengantin. Ini akan menyebabkan aura pengantin tenggelam dan tidak menyerlah.

POTONGAN PAKAIAN

Anda juga boleh mencuba pelbagai potongan untuk tampil lebih bergaya. Selain potongan baju kurung, potongan seperti kaftan, kebaya moden dan dres labuh boleh digayakan. Untuk menambah seri pakaian anda, taburkan sedikit batu permata dengan sulaman renda ringkas agar anda kelihatan lebih trendy dan menawan. Elakkan dari memakai aksesori yang terlalu sarat.

BAJET

Ini adalah perkara yang sering dialami si pengantin. Sudahlah majlis perkahwinan menelan kos yang tinggi, baju ‘bridesmaid’ pula dimasukkan dalam bajet kahwin anda. Ini adalah salah. Sekiranya anda kurang berkemampuan seeloknnya cuba berbincang dahulu dengan mereka dan jelaskan situasi anda. Siapa tahu salah seorang dari mereka mahu menaja keseluruhan perbelanjaan untuk baju ‘bridesmaid’?

No comments:

Post a Comment